Pusingan kedua HECAS 2020 dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Pengambilan Pusingan Kedua HECAS 2020 secara dalam talian bagi kemasukan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) bagi tahun akademik 2020/2021 akan dilanjutkan hingga 10 September pukul 3 petang.

Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa sebelum tarikh tutup berkenaan, pemohon dikehendaki untuk membuat pembayaran tertunggak melalui aplikasi BIBD Mobile atau secara tunai di kaunter pembayaran di Tingkat 1 Blok B, Unit Tunai dan Hasil, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dan menghadapkan permohonan dalam talian atau dokumen yang berkenaan (hardcopy) yang diperlukan dalam Institution Checklist.

Bagi keterangan lanjut, layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di http://moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS yang baharu di hecas.moe.gov.bn. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel [email protected] atau melalui talian 2381992 atau 2381224 semasa waktu pejabat.