Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusingan kedua janjikan siangan sengit

    Oleh Hasrulraizan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Kuota 16 buah pasukan di pusingan kedua Piala Jubli Emas Futsal Brunei (GJBFC) 2017 penuh terisi selepas berakhirnya peringkat kumpulan bagi empat buah kumpulan lagi hari ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Lapan pasukan yang mengisi lapan kuota terakhir pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 8 Oktober itu ialah Al Rawda FC dan MBS Utd SC dari Kumpulan A, Al Rawda FT dan B-Muda FT dari Kumpulan B, Arbisyam ‘B’ dan GG FT dari Kumpulan G, serta Arbisyam ‘A’ dan E-Playerz FT dari Kumpulan H.

    Selesai perlawanan peringkat kumpulan berkenaan, pengundian bagi menentukan lawan masing-masing di pusingan kedua bagi pasukan-pasukan yang mara telah terus diadakan menggunakan format juara kumpulan hanya akan bertemu dengan naib juara kumpulan.

    Perlawanan pembuka tirai pusingan kedua kejohanan adalah pertembungan di antara Matahari ‘B’ dengan B-Muda FT pada pukul 8 pagi, disusuli kemudiannya dengan Brunei 88 A FT lawan Kota Junior pada pukul 8:20 pagi.

    ISC akan menentang MBS Utd SC pada pukul 8:40 pagi, diikuti perlawanan di antara Al Rawda FC dengan Matahari ‘A’ pada pukul 9:00 pagi. Shah United kemudiannya melayani FFC pada pukul 9:20 pagi sebelum diteruskan dengan Arbisyam ‘A’ lawan Redbutterfly pada pukul 9:40 pagi.

    Pengundian bagi pusingan kedua Piala Jubli Emas Futsal Brunei 2017 terus diadakan selesai perlawanan peringkat kumpulan.

    Dua perlawanan berikutnya akan menyaksikan Al-Rawda FT menentang E-Playerz FT dan Arbisyam ‘B’ bertemu dengan GG FT.

    Perlawanan pusingan kedua yang turut akan diadakan di tempat yang sama itu kemudiannya akan diteruskan dengan perlawanan-perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

    Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu adalah bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda