Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pusingan U Lebuh Raya Muara-Tutong ditutup

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai mengenai penutupan pusingan ‘U’, pusing balik menuju Tutong di Lebuh raya Muara-Tutong, KM 38.5 hala Muara/ KM 83.5 hala Tutong bermula hari ini.

    Kenyataan menjelaskan bahawa pengguna lebuh raya dari Tutong yang ingin membuat pusingan balik menuju ke Tutong disarankan untuk menggunakan Jejambat Lugu dan membuat pusingan di pusing keliling Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya khususnya pengguna Jejambat Lugu untuk sentiasa berhati-hati mengikut had laju yang ditentukan serta mematuhi papan-papan tanda yang sedia ada.

    Peta menunjukkan lokasi pusingan U yang akan ditutup. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...