Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Putera Andrew gesa hakim gugurkan kes serangan seksual

    NEW YORK, 4 JAN – Peguam Putera Andrew akan menggunakan perbicaraan mahkamah hari ini untuk menggesa hakim New York membatalkan dakwaan serangan seksual ke atas kerabat Diraja Britain di Amerika Syarikat (AS).

    Peguamnya dijangka berhujah bahawa penyelesaian yang pernah dirahsiakan antara pendakwa, Virginia Giuffre dan pembiaya mendiang Jeffrey Epstein yang diumumkan kelmarin melindungi Andrew daripada litigasi.

    Perbicaraan, yang akan diadakan antara perwakilan melalui sidang video dengan akhbar dan orang ramai boleh mengikutinya melalui telefon, bermula pada 10 pagi waktu tempatan.

    Giuffre mendakwa bahawa Epstein meminjamkannya untuk hubungan seks dengan rakan sekutunya yang kaya dan berkuasa, termasuk Andrew, satu dakwaan yang telah berulang kali dinafikan oleh putera tersebut.

    Perjanjian yang didedahkan kepada umum buat pertama kali kelmarin oleh mahkamah New York menunjukkan bahawa Giuffre bersetuju untuk menggugurkan kes sivil terhadap Epstein sebanyak AS$500,000 di Florida pada 2009.

    Perjanjian itu mengandungi peruntukan yang bertujuan untuk melindungi ‘defendan berpotensi lain’ daripada disaman berkaitan dengan dakwaan penderaan seksual yang dilakukan oleh Epstein, yang membunuh dirinya di penjara dua setengah tahun lalu. – AFP

    Putera Andrew akan menggunakan perbicaraan mahkamah untuk menggesa hakim New York membatalkan dakwaan serangan seksual terhadap dirinya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...