Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Putera Andrew hilang gelaran tentera

    LONDON, 14 JAN – Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan kelmarin, Istana Buckingham berkata bahawa “Dengan kelulusan dan persetujuan (Ratu Elizabeth II), gelaran ketenteraan dan naungan diraja Duke of York telah dikembalikan kepada Ratu,” lapor Xinhua.

    Kenyataan itu menyebut Duke Of York, Putera Andrew, “tidak lagi akan menjalankan sebarang tugas awam dan menghadapi kes itu sebagai warganegara biasa.”

    Pengumuman itu dibuat ketika Putera Andrew menghadapi kes sivil di Amerika Syarikat berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang ketika itu berumur 17 tahun, yang dinafikannya secara konsisten.

    Duke of York memegang beberapa gelaran tentera kehormat berikutan perkhidmatan beliau selama 22 tahun dalam Tentera Laut Diraja, lapor Sky News.

    Andrew, 61, adalah anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, mendiang Putera Philip dan merupakan anak lelaki kedua kepada pasangan Diraja itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...