Putera Belgium didenda langgar peraturan lockdown

CORDOVA, SEPANYOL, 11 JUN – Putera Belgium Joachim telah didenda 10,400 euro di Sepanyol kerana melanggar peraturan lockdown semasa perjalanan ke bandar Andalusia Cordoba, beritahu pegawai kerajaan kepada AFP semalam.

Joachim, yang tiba pada akhir Mei, mengaku bersalah selepas laman web El Condidencial menyiar berita tersebut.

Denda adalah kerana ‘melanggar perintah berkurung, yang diakui oleh beliau, beliau telah dimaklumkan dan 10,400 euro wajib dibayar,” kata pegawai.

Laman web membocori satu laporan daripada pihak berkuasa kesihatan serantau bahawa ‘seorang individu yang berkunjung dari Belgium bertemu dengan 27 kawan dan rakan kenalan pada 26 Mei di bangunan perumahan Cordoba’. – AFP