Putera Charles bincang perubahan iklim

NEW DELHI, 13 NOV – Putera Britain Charles bertemu dengan pakar India hari ini ketika satu lawatan ke negara itu untuk menumpu pada cabaran global seperti perubahan iklim dan kemampanan perniagaan.

Putera Wales itu membincang cara-cara memperkukuh ketahanan bencana dan mengatasi kesan perubahan iklim di Jabatan Metrologi India di New Delhi.

Beliau tiba di New Delhi hari ini dengan jerebu tebal menyelubungi negara.

Indeks kualiti udara melebihi 450, diangggap ‘serius’ dan sembilan kali lebih daripada maksimum yang dicadangkan, menurut Lembaga Kawalan Pencemaran.

Beliau sempat menaiki beca yang dibawa oleh seorang wanita. Pencemaran udara di utara India mencecah kemuncak pada musim sejuk disebabkan asap daripada kebakaran ladang dan bunga api ketika perayaan Hindu.

Putera itu juga menyertai sambutan ulang tahun ke-550 kelahiran Guru Nanak, pengasas agama Sikh, di kuil di New Delhi untuk meraikan sumbangan komuniti kepada Britain. Suruhanjaya Tinggi Britain berkata beliau akan bertemu dengan pemimpin perniagaan India di Mumbai esok untuk membincang pasaran mampan.

Pada September, putera itu melancarkan Majlis Pasaran mampan dengan Forum Ekonomi Dunia.

Lawatan beliau yang ke-10 ke India berakhir esok. – AP

Putera Charles (tengah), melawat kuil Gurudwara Bangla Sahib, kuil Sikh di New Delhi, India, kelmarin. – AP