Putera Charles, Camilla adakan lawatan enam hari ke New Zealand

WELLINGTON, 17 NOV – Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall, tiba di New Zealand hari ini bagi lawatan seminggu dengan penekanan ke atas isu-isu alam sekitar dan sokongan terhadap wanita yang menderita keganasan rumah tangga.

“Putera dan Duchess akan mengadakan lawatan program-program dan persatuan yang bekerja di kawasan-kawasan yang mereka komited untuk menyokongnya,” kata Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri New Zealand dalam satu kenyataan. “Putera akan menumpu pada isu-isu alam sekitar terutamanya menekankan tentang menangani sampah plastik.

“Duchess akan meneruskan komitmennya untuk menyokong wanita yang mengalami keganasan rumah tangga dengan menonjolkan kerja-kerja persatuan dalam bidang tersebut, serta menggalakkan warga tua yang aktif.”

Tugas awam pasangan itu akan bermula esok dengan majlis meletakkan kalungan bunga di memorial perang di Auckland.

Penglibatan lain termasuk mesyuarat bersama Perdana Menteri Jacinda Ardern dan kunjungan ke lapangan Waitangi Treaty tempat dokumen pengasas New Zealand ditandatangani oleh puak asli Maori dan perwakilan daripada kerabat diraja Britain. Lawatan ini menjadi kunjungan ketiga bersama mereka ke New Zealand dan yang pertama dalam masa empat tahun. – AFP