Putera Charles dijangkiti COVID-19

LONDON, 25 MAC – Putera Charles, pewaris takhta Britain, telah disahkan positif dijangkiti koronavirus, menurut pejabatnya hari ini.

Putera berusia 71 tahun tersebut menunjukkan gejala COVID-19 dan telah membuat pengasingan diri di estet diraja di Scotland, Rumah Clarence memberitahu.

Manakala isterinya, Camilla, 72, telah diuji negatif.

“Putera Wales telah diuji positif koronavirus,” Rumah Clarence berkata. “Beliau menunjukkan gejala ringan tetapi berada dalam keadaan yang sihat dan telah melakukan kerja dari rumah sepanjang hari seperti hari kebiasaannya.”

Media Britain, Press Association, merujuk sumber, berkata putera dan duchess berada dalam keadaan sihat, dan Charles tidak terlantar sakit.

Ujian tersebut dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional di Scotland.

“Ia tidak dapat menentukan di mana putera mendapat virus itu kerana beliau banyak terlibat dalam kerja-kerja awam dalam minggu-minggu kebelakangan ini.”

Istana Buckingham berkata Ratu Elizabeth II kekal berada di istananya di Windsor. – AFP

Putera Charles, pewaris takhta Britain, telah diuji positif dijangkiti koronavirus dan telah menjalani pengasingan diri. – AP