Putera Harry sertai Meghan dan Archie di Kanada

VANCOUVER, 21 JAN – Putera Harry sampai di Kanada untuk menyertai semula isterinya, Meghan dan anak lelakinya, Archie kelmarin, lapor media British, berikutan pasangan itu memulakan kehidupan baharu selepas membuat kejutan keluar dari kerajaan.

Akhbar Daily Mail berkata Putera Harry selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Vancouver dengan menggunakan penerbangan 85 British Airways dari Heathrow, London kira-kira 7 malam waktu tempatan.

Ia mengeluarkan sekeping gambar Putera Harry yang memakai sarung kepala berwarna biru dan seluar jean serta menyandang beg sikut dibahu selepas keluar melalui tangga belakang serta diiringi oleh pengawal keselamatan.

Manakala, Sky News mengeluarkan rakaman Putera Harry menuruni tangga pesawat.

Sebuah van mini menunggu di landasan yang kemudiannya membawanya ke penerbangan seterusnya ke Victoria, di mana dia dan keluarganya menghabiskan masa untuk dua bulan kebelakangan.

Maklumat itu tidak dapat disahkan oleh wartawan AFP yang berada di lapangan terbang Vancouver dan Victoria. Seorang juru video, bagaimanapun, melihat dua kenderaan meninggalkan kawasan rumah Victoria, di mana pasangan itu telah tinggal selama dua bulan yang lalu.

Duchess of Sussex sebelumnya dilihat bersama Archie membawa anjing berjalan-jalan di kawasan kejiranan.

Dia juga dilihat bersiar-siar di Vancouver minggu lalu, melawat tempat perlindungan wanita dan badan amal yang menyokong perempuan muda. – AFP

Pemandangan lapangan terbang Antarabangsa Victoria di Utara Saanich, British Columbia, Kanada. – AFP