COPENHAGEN, 28 JULAI – Putera Denmark Joachim, anak lelaki bongsu Ratu Margrethe II, dijangka sembuh sepenuhnya daripada darah beku dalam otak selepas pembedahan pada minggu lalu, kata istana hari ini.
Ahli keluarga diraja berusia 51 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan pada Jumaat di Hospital Universiti Toulouse di selatan Perancis.
Joachim, 51 dan ahli diraja keenam bakal mewarisi takhta Belanda, sedang bercuti bersama keluarganya di Cayx, rumah percutian yang dimiliki oleh keluarga diraja di barat daya Perancis, apabila beliau berasa tidak sihat.
“Selepas dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan dalam unit jagaan intensif, doktor berkata Putera Joachim tidak akan mempunyai kesan fizikal atau kecederaan lain hasil daripada darah beku dalam otak,” kata istana dalam kenyataan.
Putera itu dijangka dipindah keluar dari unit jagaan intensif tidak lama lagi, namun perlu tinggal di hospital ‘untuk satu tempoh masa’. – AFP
