Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Mohammed diberi penghargaan

    RIYADH, 12 Feb – Waris takhta Arab Saudi telah dianugerahkan pingat oleh pengarah baru Agensi Perisikan Tengah AS yang memberi penghormatan kepada usaha cegah pengganasan beliau.

    Mike Pompeo, telah mengadakan lawatan luar negara pertamanya sejak disahkan sebagai ketua agensi perisikan lewat Januari lalu, telah menyampaikan anugerah itu kepada Putera Mahkota Mohammed bin Nayef pada upacara hujung minggu lalu, lapor agensi rasmi Saudi Press (SPA).

    Putera Mohammed, 57 tahun memegang jawatan menteri dalam negeri sejak 2012 dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kerja perisikan.

    Begitu dihormati di Barat kerana usaha beliau untuk memerangi fahaman pelampau ganas, beliau elah menyelia tindakan ke atas Al-Qaeda yang membunuh pegawai-pegawai keselamatan dan warga asing di negara beraja itu sejak 2003 dan 2007.

    Gambar fail pada 27 April 2016 menunjukkan Putera Mohammed ketika menghadiri mesyuarat bersama menteri dalam negeri di Riyadh. – AFP
    Gambar fail pada 27 April 2016 menunjukkan Putera Mohammed ketika menghadiri mesyuarat bersama menteri dalam negeri di Riyadh. – AFP

    Pada tahun 2009 Putera Mohammed terselamat dengan hanya mengalami cedera ringan dalam percubaan bunuh oleh Al-Qaeda.

    Pompeo telah menganugerahkan beliau pingat George Tenet dalam mengiktiraf ‘prestasi perisikan cemerlang domain cegah pengganasan dan sumbangan tanpa had untuk merealisasikan keselamatan dan keamanan dunia.”

    George Tenet adalah pengarah CIA paling lama berkhidmat dari tahun 1996 hingga 2004.

    Pompeo dan Putera Mohammed juga mengadakan rundingan berhubung isu-isu keselamatan, menurut SPA. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda