Putera Philip dalam keadaan ‘OK’

LONDON, 22 FEB – Putera William mengatakan hari ini bahawa datuknya yang berusia 99 tahun, Putera Philip dalam keadaan ‘OK’ setelah menghabiskan hampir seminggu apabila ditahan di hospital.

Ditanya oleh wartawan ketika mengunjungi pusat vaksinasi di timur England, Putera William yang berada di kedudukan kedua sebagai pewaris takhta, 38, berkata, “Ya, beliau dalam keadaan baik-baik saja, mereka menjaganya dengan baik.”

Beliau kemudian mengedipkan mata.

Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II selama 73 tahun, dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London pada Selasa lalu sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ setelah beliau merasa tidak sihat, kata Istana Buckingham.

Sumber istana mengatakan bahawa beliau ditahan di hospital tidak ada berkaitan dengan koronavirus dan beliau tetap bersemangat.

Bapa William, Putera Charles mengunjungi ayahnya di hospital pada Sabtu lalu tetapi tidak memberi komen mengenai keadaan kesihatannya. – AFP