LONDON, 5 Mei – Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II yang berusia 95 tahun, akan berundur daripada semua upacara rasmi awam kerajaan Britain pada tahun ini.
Istana Buckingham dalam satu kenyataan hari ini menyebut, keputusan berkenan dibuat dengan sokongan penuh monarki.
Duke of Edinburgh yang bakal berusia 96 tahun pada 10 Jun ini, adalah Raja yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British dan mengendalikan 219 upacara rasmi kerajaan tahun lalu.
Putera Philip kelihatan girang ketika bersama Ratu Elizabeth pada majlis santap tengah hari kelmarin untuk Order of Merit yang berprestij.
“Duli Yang Maha Mulia Duke of Edinburgh memutuskan baginda tidak akan lagi terbabit dalam sebarang upacara awam bermula musim luruh tahun ini,” kata kenyataan itu.

Baginda tidak sabar-sabar untuk menikmati masa lapang yang lebih. Keputusan tersebut bukan diambil atas alasan kesihatan.
Baginda telah memilih masa yang sesuai dan kebanyakan kerabat yang lain berundur 30 tahun lebih awal.
Putera Philip sentiasa berada di sisi Elizabeth sejak isterinya naik takhta pada 1952. Mereka berkahwin pada 1947 dan akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 mereka pada 20 November.
Bekas pegawai tentera laut yang tegas itu begitu mencintai negaranya sehingga Perdana Menteri Theresa May menawarkan rasa syukur terima kasih yang amat mendalam kepada Baginda.
Terdahulu, mesyuarat kakitangan diraja telah mencetuskan spekulasi yang kegila-gilaan tetapi seorang sumber memberitahu ‘Tidak ada yang membimbangkan’ tentang kesihatan Ratu Elizabeth II dan suaminya.
Krew televisyen pergi ke Buckingham Palace pada waktu subuh selepas laporan akhbar tentang mesyuarat kakitangan ‘yang begitu luar biasa’ mengundang spekulasi pengumuman diraja pasti akan berlaku. Pihak istana pula enggan mengulas.
Sumber yang boleh dipercayai mengesahkan bahawa kakitangan dari seluruh negara telah dipanggil ke istana bagi satu mesyuarat hari ini tetapi menegaskan: “Tidak ada yang membimbangkan.” – AFP