Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Saudi bincang keselamatan bersama emir Qatar

    DOHA, 9 DIS – Pemimpin de facto Arab Saudi telah membincangkan keselamatan serantau bersama Qatar semasa lawatan pertamanya sejak kerajaan itu menamatkan sekatan empat tahun, kata media rasmi.

    Putera Mahkota Mohammed bin Salman tiba lewat semalam sebagai sebahagian daripada jelajah Teluk, hampir setahun selepas hubungan pulih semula pada Januari.

    Semasa rundingan bersama emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai ‘kestabilan dan keselamatan di rantau itu’, kata Agensi Berita Qatar.

    Emir ‘menekankan lawatan penting itu akan mempererat hubungan kukuh dan bersejarah terutamanya keadaan di rantau itu lalui,” tambah laporan tersebut.

    Kedua-duanya juga mengunjungi Stadium Lusail Qatar yang akan menjadi lokasi bagi Piala Dunia bola sepak tahun depan.

    Putera itu sudah pun melawat Oman dan Emiriah Arab Bersatu dan meninggalkan Qatar menuju ke Bahrain di mana beliau akan menuju ke Kuwait pada Jumaat.

    Enam negara Teluk Arab itu akan mengadakan sidang kemuncak di Riyadh minggu hadapan. – AFP

    Emir Qatar ketika bertemu dengan Putera Mahkota Saudi di bandar Doha pada 9 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda