PARIS, 28 JULAI – Ketika lawatannya ke Perancis untuk bertemu Presiden Emmanuel Macron, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman akan menginap di chateau mewah digelar ‘rumah paling mahal di dunia’ apabila beliau membelinya pada tahun 2015.
Chateau Louis XIV di Louveciennes yang terletak di luar Paris merupakan rumah agam baharu dibina yang menyerupai Istana Versailles yang cukup ekstravaganza, pernah diduduki oleh kerabat diraja Perancis.
Hartanah seluas 7,000 meter persegi itu dibeli oleh pembeli yang tidak didedahkan pada tahun 2015 pada harga 275 juta euro (AS$300 juta pada ketika itu), menyebabkan majalah Fortune memanggilnya ‘rumah paling mahal di dunia’.
Dua tahun kemudian, The New York Times melaporkan Putera Mahkota Arab Saudi, 36, sebagai pemilik utama menerusi beberapa syarikat dorman.
Pegawai kerajaan tempatan mengesahkan kepada AFP bahawa pewaris takhta Saudi yang kontroversial itu menginap di hartanah tersebut sebelum acara makan malamnya bersama Macron hari ini. – AFP