Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Putera William, Harry hadir di Istana Windsor

    MOSCOW, 11 SEPT – Putera William dan Putera Harry bersama-sama hadir di luar pekarangan Istana Windsor di London untuk melihat jambangan bunga yang ditinggalkan orang ramai sebagai penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

    Putera William diiringi isteri Kate Middleton manakala Putera Harry bersama pasangannya Meghan Markle turut berkenan beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar perkarangan istana itu.

    Penampilan putera diraja Britain itu adalah yang pertama sejak Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis, lapor Sputnik.

    Pewaris takhta, Putera William dan isteri Kate dimasyurkan sebagai Putera dan Puteri Wales selepas ayahandanya Raja Charles III ditabalkan sebagai Raja Britain.

    Putera William dalam satu kenyataan rasmi di media sosial, berterima kasih atas bimbingan, kata-kata yang menenangkan serta kearifan mendiang nendanya sejak beberapa dekad lalu.

    “Saya tahu hari ini akan tiba, namun akan mengambil sedikit masa sebelum berdepan realiti kehidupan tanpa nenda…Sebagai menghargai semua kenangan bersama nenda, saya akan sedaya upaya menyokong ayahanda saya,” katanya. – Bernama

    Putera William, Catherine Middleton, Putera Harry dan Meghan Markle melambai kepada orang ramai di Istana Windsor pada 10 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...