Puteri Beatrice mengandung

LONDON, 19 MEI – Istana Buckingham berkata hari ini cucu berusia 32 tahun kepada Ratu Elizabeth II, Puteri Beatrice dan suaminya Eduardo Mapelli Mozzi bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada musim luruh.

Ia berkata kedua-dua keluarga ‘berasa teruja dengan berita tersebut.’

Beatrice, anak perempuan sulung Putera Andrew dan bekas isteri Sarah Ferguson, berkahwin dengan pemaju hartanah Mapello Mozzi pada Julai 2020 pada majlis yang sederhana disebabkan sekatan koronavirus. Beliau adalah pewaris kesembilan kepada takhta Britain.

Adik Beatrice, Eugenie dan suaminya Jack Brooksbank menyambut kelahiran anak pertama mereka, anak lelaki bernama August pada Februari.

Ratu Elizabeth II mempunyai 10 cicit, dengan seorang lagi, anak kedua Putera Harry dan Meghan, Duchess of Sussex, bakal lahir pada musim panas. – AP

Gambar fail menunjukkan Puteri Beatrice dan Eduardo Mapelli Mozzi menghadiri perkahwinan Ellie Golding dan Caspar Jopling di York, England. Istana Buckingham berkata Beatrice bakal menimang cahaya mata pada musim luruh ini. – AP