Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Puteri Sarah jawab spekulasi gambar tangan lelaki

    Pelakon Malaysia, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab mengenai perkongsian gambar memaparkan tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instastory, baru-baru ni.

    Memetik dari mStar, menurut Puteri Sarah atau Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, individu berkenaan merupakan rakan perniagaannya yang juga pelakon dari Indonesia bernama Andi Arsyil Rahman.

    Jelas Puteri Sarah, pertemuannya dengan pemuda berkenaan hanya atas urusan perniagaan semata-mata.

    “Saya pergi Jakarta sebab ada penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan ditundakan. Dalam masa yang sama saya pun buat perniagaan.

    “Dia merupakan pelakon Indonesia tetapi sekarang dia beri fokus terhadap perniagaannya. Kebetulan kami minat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan antaranya produk penjagaan wajah dan tudung dihasilkan.

    “Saya rancang buka perniagaan di Malaysia, dan lebarkan sayap di Singapura dan Brunei… jadi dia adalah rakan perniagaan saya,” katanya kepada mStar.

    Sarah ditemui semasa sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang diadakan di Glass House, Kuala Lumpur, kelmarin.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu pertemuan mereka itu turut ditemani oleh pengurus dan anak-anak.

    Malah, bekas isteri pengarah Syamsul Yusof ini turut memaklumkan aktor itu masih bujang dan belum berkahwin.

    “Takkan saya nak kejar orang punya.

    “Kami selesa berkawan sebagai rakan sekerja. Kita sama-sama buat bisnes. Sama-sama sokong,” ujarnya.

    Pada Isnin lalu, nama Puteri Sarah kembali hangat di media sosial selepas memuat naik gambar tangan seorang lelaki di akaun Instagram miliknya.

    Gambar tersebut telah mengundang perbincangan hangat apabila ramai membuat andaian itu merupakan kekasih baharu Puteri Sarah. – Agensi

    Setiap perkongsian Puteri Sarah pasti menjadi perhatian ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...