Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Putin beri amaran sasaran baharu kepada Ukraine

    MOSCOW, 5 JUN – Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran kelmarin bahawa Moscow akan menyerang sasaran baharu jika Barat membekalkan peluru berpandu jarak jauh ke Ukraine serta berkata penghantaran senjata baharu ke Kyiv tersebut adalah bertujuan bagi memanjangkan lagi konflik.

    Jika Kyiv dibekalkan dengan peluru berpandu jarak jauh, “kami akan membuat kesimpulan yang sesuai dan menggunakan senjata kami untuk menyerang sasaran yang belum kami serang sebelum ini,” lapor agensi berita Rusia, memetik kenyataan dari Putin.

    Dalam sebuah petikan wawancara yang disiarkan lewat kelmarin di televisyen Rossiya-1, Putin tidak menyatakan dengan tepat sasaran mana yang boleh diserang serta sejauh mana jarak tepat peluru berpandu yang akan bertindak balas dari Moscow.

    Putin mengeluarkan komen tersebut hanya beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan mereka akan membekalkan Ukraine dengan sistem roket pelancar berbilang Himars.

    Himars ialah unit mudah alih yang boleh melancarkan berbilang peluru berpandu dengan ketepatan secara serentak sehingga 80 kilometer (50 batu) jauhnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...