Putin, Erdogan adakan perbincangan

MOSCOW, 5 MAC – Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memulakan perbincangan di Moscow hari ini bagi mencari penyelesaian krisis di bahagian wilayah Idlib, barat laut Syria.

“Situasi di Idlib kini semakin meruncing dan memerlukan ikut campur tangan kita,” Putin berucap semasa memulakan pertemuan tersebut.

Kedua-dua presiden memulakan rundingan selepas pergolakan peningkatan pertempuran di Syria semakin menimbulkan kebimbangan tentera mereka bertempur dan melancar krisis penghijrahan yang baharu.

“Seluruh dunia sedang memperhatikan tindakan kita,” Erdogan memberitahu Putin.

“Langkah dan keputusan yang bersesuaian yang akan kita ambil akan menstabilkan rantau ini dan kedua-dua negara kita.”

Erdogan berkata sebelum tiba di Moscow bahawa beliau menantikan persetujuan Putin untuk gencatan senjata di Idlib, di mana Ankara pada masa ini memerangi pasukan rejim yang disokong oleh Moscow. – AFP

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan perbincangan dengan presiden Rusia, Vladimir Putin, bagi mencari penyelesaian krisis di Syria di wilayah Idlib di Moscow pada 5 Mac. – AP