Putin, Erdogan, Rouhani bincang konflik Syria

MOSCOW, 30 JUN – Presiden Rusia Vladimir Putin akan membincang konflik Syria esok dengan pemimpin Turki dan Iran, kata Kremlin.

Jurucakap Dmitry Peskov berkata sidang video akan melihat Putin, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani mengeluarkan ‘tiga kenyataan’ sebelum membincang Syria secara peri-badi. Sidang berkenaan akan berlangsung pada 1100 GMT, kata Peskov.

Rundingan adalah yang pertama sejak September dalam format Astana, di mana ketiga-tiga kuasa membincang perkembangan di Syria, yang konfliknya memasuki tahun ke-10. Iran dan Rusia menjadi penyokong kuat Presiden Syria Bashar al-Assad, sementara Turki menggesa penyingkirannya dan menyokong pejuang pembangkang. – AFP