Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Putin: Eropah ‘musnahkan ekonomi sendiri’

    MOSCOW, 18 MEI – Presiden Rusia Vladimir Putin berkata semalam sektor minyak sedang mengalami ‘perubahan besar,’ tetapi mendakwa Eropah melakukan ‘tindakan memusnahkan ekonomi sendiri’ menerusi sekatannya ke atas Moscow disebabkan perang di Ukraine.

    Menurut Putin, dengan menghapus bekalan tenaga Rusia secara berperingkat-peringkat, Eropah hanya akan menjejas negara mereka sendiri, dan beliau menggesa pegawai kerajaan supaya menggunakan tindakan ‘tidak bijak’ negara Barat untuk kepentingan Rusia. Beliau memberitahu mesyuarat tenaga bahawa Eropah akan melihat harga minyak lebih tinggi dan inflasi lebih tinggi akibat tindakan mereka.

    “Sudah tentunya, tindakan memusnahkan ekonomi sedemikian merupakan hal ehwal domestik negara Eropah sendiri,” kata Putin.

    Selepas Kremlin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari, negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ke atas Rusia. Putin berkata ‘tindakan kelam-kabut’ Eropah bukan sahaja menjejas ekonominya sendiri tetapi juga mendorong kepada peningkatan pendapatan minyak dan gas untuk Rusia.

    “Perubahan dalam pasaran minyak adalah amat ketara dan untuk menjalankan perniagaan seperti biasa, mengikut model lama, sudah tidak relevan lagi,” ujar beliau.

    “Dalam keadaan baharu ini, adalah penting kami bukan sahaja mengeluarkan minyak, tetapi juga membangunkan keseluruhan rantaian dari atas sehingga pengguna akhir,” tambahnya. – AFP

    Presiden Rusia Vladimir Putin semasa mempengerusikan mesyuarat mengenai industri minyak menerusi pautan video di Moscow pada 17 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...