Putin gesa ‘jaminan keselamatan’ Korea U

VLADIVOSTOK, Rusia, 12 Sept – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini berkata Korea Utara mesti diberi jaminan keselamatan sebagai pertukaran untuk langkah-langkah ke arah pengurangan aktiviti nuklearnya.

“Korea Utara, akan mengurangkan aktiviti dalam nuklearnya selepas semua jaminan keselamatan yang dijanjikan telah dilaksanakan. Jelas sekali ia sedang menunggu beberapa isyarat sebagai tindak balas,” kata Putin kepada forum ekonomi di bandar Vladivostok di timur jauh.

“Ia seolah-olah bagi saya adalah tidak produktif jika kita menuntut segala-galanya dari pihak Korea Utara dan sebagai tindak balas mereka tidak diberikan apa-apa,” katanya pada satu acara yang turut dihadiri oleh Xi Jinping dari China dan Shinzo Abe dari Jepun.

Beliau berkata jaminan antarabangsa adalah bersesuaian dengan tawaran Amerika Syarikat, berikutan sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jun lalu. Trump dan Kim seterusnya menandatangani satu perjanjian yang tidak jelas tentang pengurangan aktiviti nuklear tetapi hanya mencatatkan sedikit kemajuan sejak ia bermula.

Presiden Rusia Vladimir Putin ketika memberi ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur di Vladivostok kelmarin. – AFP

Pusingan terbaharu usaha diplomatik untuk membendung program nuklear Korea Utara begitu diberi perhatian dalam agenda di Vladivostok.

Isnin lalu, Perdana Menteri Jepun, Abe berkata beliau bersedia untuk memberikan bantuan kewangan kepada Pyongyang dengan syarat ia akan menyelesaikan isu-isu ujian nuklear dan peluru berpandu dan isu penculikan rakyat Jepun.

Rusia dan China, kedua-duanya terhubung melalui sempadan darat dengan Korea Utara dan merupakan sekutunya dalam konflik Korea pada awal 1950an.

Mereka menyokong pengurangan aktiviti nuklear Korea Utara dan mematuhi sekatan antarabangsa terhadap Pyongyang, tetapi telah menolak ancaman tindakan Trump yang dibuat tahun lalu. – AFP