Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Putin gesa pelbagaikan eksport tenaga ke Asia

MOSCOW, 15 APRIL – Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa eksport tenaga ke Asia dipelbagaikan. Beliau menuduh negara Eropah mengganggu kestabilan pasaran dengan menyekat penghantaran Rusia.

“Kita perlu meneruskan dasar di mana pada masa hadapan, bekalan tenaga ke Barat akan dikurangkan.

“Jadi, kita perlu mempelbagaikan eksport,” katanya pada mesyuarat kerajaan berkaitan sektor tenaga.

Negara Barat sebelum ini mengumumkan langkah untuk menyekat atau mengurangkan kebergantungan mereka kepada minyak, gas dan arang batu Rusia susulan operasi ketenteraan Moscow yang dilancarkan ke atas Ukraine.

Mengulas lanjut, Putin berkata Rusia perlu meneruskan usaha yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu, secara berperingkat beralih eksport ke pasaran di Selatan serta Timur yang sedang berkembang maju.

Presiden Vladimir Putin mempengerusikan mesyuarat mengenai situasi sektor minyak dan gas di kediaman Novo-Ogaryovo di luar Moscow pada 14 April 2022. – AFP

Beliau juga mengkritik tindakan negara Eropah yang sentiasa berkata akan menghentikan penggunaan tenaga Rusia sekali gus menjejaskan kestabilan pasaran dengan menaikkan harga bekalan untuk rakyat mereka.

“Percubaan negara Barat menolak pembekal Rusia, menggantikannya dengan penghantaran alternatif, sudah pasti menjejaskan keseluruhan ekonomi global,” katanya.

Justeru, beliau berkata Rusia akan mengembangkan bekalan gas ke seluruh pasaran domestiknya.

“Tugas kini menjadi lebih khusus, di mana sahaja, gas sama ada secara saluran atau cecair, harus sampai kepada pengguna,” katanya.

Beliau juga menggesa supaya projek infrastruktur seperti kereta api, saluran paip dan pelabuhan, yang akan mengalihkan bekalan minyak dan gas dari Barat ke pasaran di Timur dan Selatan dipercepatkan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -