Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Putin iktiraf kemerdekaan 4 wilayah Ukraine

    MOSCOW, 30 SEPT – Presiden Rusia Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson, Donetsk, Lugansk dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu.

    Pungutan suara untuk menyertai Rusia diadakan antara 23-27 Sept di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia.

    Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata satu upacara akan diadakan di Istana Kremlin pada Jumaat untuk penggabungan wilayah itu dengan Rusia. Referendum itu menerima kutukan meluas masyarakat antarabangsa dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengatakan wilayah itu tidak akan diiktiraf.

    Rusia mengiktiraf kemerdekaan kerajaan pemisah di Donetsk dan Luhansk pada 21 Feb.

    “Saya ingin berkata kepada rejim Kviv dan Barat: Penduduk yang tinggal di Lugansk, Donetsk, Kherson dan Zaprizhzhia akan menjadi rakyat kami selama-lamanya,” kata Putin. – Bernama/AFP

    Ketua Kherson, Vladimir Saldo, ketua Zaporizhzhia Yevgeny Balitsky, Presiden Vladimir Putin, pemimpin Donetsk Denis Pushilin dan pemimpin Lugansk Leonid Pasechnik selepas pemeteraian perjanjian di Kremlin, Moscow kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...