Putin lawat India 6 Disember

MOSCOW, 26 NOV – Presiden Rusia, Vladimir Putin akan terbang ke India bulan hadapan, kunjungan kedua ke luar negara sejak bermula pandemik COVID019 dua tahun lalu, menurut Kremlin hari ini.

Moscow berkata pemimpin Rusia akan pergi ke India pada 6 Disember untuk mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri Narendra Modi.

Putin hanya meninggalkan Rusia sekali semasa pandemik – untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden di Geneva pada Jun.

Dalam kenyataan, Kremlin berkata Putin dan Modi akan mengadakan rundingan mendalam ‘rakan strategik istimewa’ antara Rusia dan India.

Ia mengatakan kedua-dua pemimpin akan membincangkan ‘usaha bersama’ dalam G20, kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Rundingan dijangka akan menumpukan mengenai penghantaran sistem pertahanan udara S-400 Rusia dan vaksin koronavirus Sputnik V ke India. – AFP