Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Putin rancang hadiri sidang G20 di Indonesia

    JAKARTA, 23 MAC – Presiden Vladimir Putin merancang untuk menghadiri sidang kemuncak G20 lewat tahun ini di Indonesia, kata utusan Moscow hari ini, sekali gus menolak cadangan yang Rusia akan dikecualikan daripada kumpulan tersebut berhubung perang di Ukraine.

    Sehari sebelumnya, Amerika Syarikat menyatakan ia akan berbincang dengan sekutu-sekutu berhubung keahlian Rusia dalam forum-forum antarabangsa untuk menambah tekanan berhubung serangan Ukraine, yang telah mencetuskan krisis pelarian di Eropah dan menjejaskan pasaran global.

    Duta Rusia ke Indonesia, Lyudmila Vorobieva berkata G20 menghoskan Jakarta sudah pun mengundang Putin untuk menghadiri sidang kemuncak ketua-ketua negara di Bali pada November ini.

    “Ia akan tertakluk pada banyak perkara, termasuk situasi COVID yang semakin membaik. Namun setakat ini, ya, hasrat Putin untuk datang,” ujarnya kepada wartawan hari ini.

    Vorobieva berkata terdapat percubaan untuk negara-negara Barat menghalang Rusia dari organisasi dunia, termasuk Kumpulan 20 ekonomi-ekonomi besar, menggesanya ia reaksi ‘tidak seimbang’.

    Rusia, tambahnya, menghargai ‘kedudukan tegas’ Indonesia, selepas Jakarta berulang kali mengatakan forum itu adalah bagi menyelesaikan masalah ekonomi.

    China hari ini juga menyangkal cadangan Rusia akan disingkirkan, mengatakan negara itu merupakan ‘anggota penting’ bagi G20.

    Indonesia, yang pada masa ini memegang giliran jawatan presiden G20, telah berkata ia akan mengekalkan forum November menumpu pada objektif awalnya.

    “Sudah tentu, penyingkiran Rusia daripada forum seperti ini tidak akan membantu masalah ekonomi dapat diselesaikan. Malah, tanpa Rusia, ia akan menjadi sukar,” kata Vorobieva. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...