Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin sambut tawanan Rusia yang dibebaskan di Moscow

    MOSCOW, 2 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin secara peribadi bertemu dengan rakyat Rusia yang dibebaskan dalam pertukaran tawanan terbesar di Lapangan Terbang Vnukovo di sini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pertukaran tawanan antara Moscow dan beberapa negara Barat kelmarin menyaksikan 26 orang dibebaskan, termasuk 16 warganegara Barat dan tokoh pembangkang Rusia.

    Rakaman televisyen yang dikeluarkan oleh Kremlin menunjukkan Putin memeluk sekurang-kurangnya seorang lelaki di atas landasan.

    Menurut Putin, mereka akan dicalonkan untuk penghormatan negara dan air mata kegembiraan kelihatan pada wajah mereka yang dibebaskan.

    Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menyambut baik pertukaran tawanan dengan Rusia kelmarin, tetapi memberi amaran tentang akibat daripada perjanjian sedemikian. – Bernama

    Gambar menunjukkan Presiden Vladimir Putin menyambut warga Rusia yang dibebaskan dalam pertukaran tahanan utama dengan Barat, di lapangan terbang Vnukovo Moscow pada 1 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda