Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Putin tuduh Washington cetus konflik seluruh dunia

    MOSCOW, 16 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin menuduh Washington cuba untuk memanjangkan lagi konflik di Ukraine dan mencetuskan konflik di tempat lain di dunia,
    termasuk melalui lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.

    “Situasi di Ukraine menunjukkan bahawa AS cuba memanjangkan konflik ini. Dan mereka bertindak dengan cara yang sama, menyemarakkan potensi konflik di Asia, Afrika dan Amerika Latin,” kata Putin dalam satu ucapan yang disiarkan ke seluruh negara semasa perasmian persidangan keselamatan dan teknikal di Moscow.

    “Kunjungan para pegawai AS ke Taiwan bukan sekadar perjalanan seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab, tetapi sebahagian strategi AS yang bertujuan untuk menggugat kestabilan dan mencetuskan huru-hara di rantau ini dan dunia,” tambah pemimpin Rusia itu.

    Beliau berkata, lawatan itu adalah perbuatan yang tidak menghormati kedaulatan sesebuah negara lain dan melanggar tanggungjawab polisi antarabangsa AS.

    Campur tangan tentera Moscow di Ukraine memasuki enam bulan yang membunuh ribuan nyawa dan jutaan meninggalkan negara itu serta mengakibatkan krisis kekurangan makanan di seluruh dunia.

    Moscow melahirkan solidariti penuh mereka dengan sekutu utama Beijing susulan lawatan kontroversi Pelosi ke Taiwan. – AFP

    Presiden Rusia bersama Menteri Pertahanan Sergei Shoigu semasa perasmian Forum Tentera dan Teknikal Antarabangsa 2022 di Moscow, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...