Putin usul perjanjian baharu dengan AS

MOSCOW, 25 SEPT – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengusulkan perjanjian tidak campur tangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat, hanya beberapa minggu sebelum AS mengadakan pilihan raya presiden.

Negara-negara Eropah selama bertahun-tahun menuduh Rusia menggunakan penggodam dan penipuan internet untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, dan pegawai perisik AS mengatakan bahawa ia sekali lagi memanipulasi media sosial yang memihak kepada Donald Trump seperti mana berlaku pada tahun 2016.

Dalam kenyataan Kremlin, Putin menyeru kedua-dua buah negara untuk ‘bertukar-tukar jaminan untuk tidak masuk tangan dalam urusan domestik masing-masing termasuk pilihan raya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi’.

Dia turut menyeru perjanjian global yang dipersetujui untuk tidak digunakan sebagai ‘serangan pertama’ dalam konflik.

Selain menjejaskan politik AS, sebuah kumpulan dikaitkan perkhidmatan perisikan Rusia juga dituduh oleh pegawai Britain cuba untuk mencuri maklumat mengenai vaksin koronavirus.

Kerajaan Britain tahun ini turut menuduh ‘lakonan Rusia’ untuk mencari perbalahan dalam pilihan raya 2019 dengan menyebarkan maklumat perdagangan di antara London dan Washington.

Canselor Jerman, Angela Merkel mendedahkan pada Mei lalu bahawa Rusia telah menyasarkan untuk menyerangnya, berkata beliau mempunyai bukti kukuh terhadap cubaan mengintip yang dianggap sebagai ‘keterlaluan’.

Kremlin menafikan dakwaan campur tangan pilihan raya dan sebaliknya menuduh para pemimpin barat melakukan kempen menyebar maklumat palsu ke atas Rusia. – AFP

Presiden Russia, Vladimir Putin mengusulkan perjanjian tidak campur tangan pilihan raya dengan Amerika Syarikat menjelang pilihan raya presiden negara itu. – AP