Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

‘Puting beliung’ cetus kemusnahan di Missouri

-

ST MARY, 25 OKT – Beberapa binaan musnah dipercayai akibat puting beliung manakala bekalan elektrik mengalami gangguan dalam komuniti antara Missouri dan Illinois yang turut melaporkan kemusnahan di beberapa lain di negeri itu akibat cuaca buruk.

Puting beliung disyaki berlaku malam semalam di St Mary, Missouri, kira-kira 88km tenggara St Louis, sebelum merentasi Sungai Mississippi ke Chester, Illinois, lapor Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara, dengan tiada korban jiwa dilaporkan.

Sistem ribut semakin kuat kelmarin di tengah bahagian negara itu dan bertambah kuat ketika ia melintasi rantau St Louis, kata ahli meteorologi perkhidmatan kaji cuaca, Jared Maples, berpangkalan di St Charles, Missouri, memberitahu The Associated Press hari ini.

Ribut itu membawa hujan lebat, mengakibatkan banjir sekitar tanah rendah dan disyaki membawa puting beliung di timur Missouri dan barat daya Illinois.

“Adanya struktur sekitar Farmington dan Missouri, Fredericktown yang telah dibadai. Chester, Illinois, dan kawasan lain juga teruk dilanda,” kata Maples.

Perkhidmatan kaji cuaca telah menghantar pasukan peninjau untuk mengesahkan sama ada kawasan itu dilanda oleh puting beliung, katanya.

Felix Meyer, pengarah pengurusan Daerah Ste. Genevieve, memberitahu ratusan penduduk di St Mary mengalami gangguan bekalan elektrik yang turut dilaporkan berlaku di beberapa komuniti Missouri serta sebahagian Illinois. – AP

Jeff Schroeder, dari Anna, Illinois menyaksikan kerosakan yang dicetuskan oleh puting beliung di St Mary pada 24 Oktober. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -