Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Puting beliung gagal suraikan pembantah anti-vaksin

    WELLINGON, 13 FEB – Puting beliung Dovi telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik, tanah runtuh dan pemindahan di seluruh New Zealand hari ini, namun ribut mahupun muzik Barry Manilow tidak menghalang pembantah anti-vaksin untuk berkhemah di luar parlimen.

    Sebaliknya, ratusan pembantah yang diinspirasikan oleh pemandu trak di Kanada ‘Freedom Convoy’, menari dalam lumpur mengikut rentak yang ditujukan untuk menyuraikan kumpulan itu.

    Tawaran bernada gurauan untuk mengakhiri mogok daripada penyanyi James Blunt di bandar Wellington itu juga sama sekali tidak membantu, yang memasuki hari keenam dengan tidak ada tanda untuk berakhir.

    Timbalan Perdana Menteri, Grant Robertson memberitahu Television New Zealand bahawa adanya ‘elemen sedih’ kepada bantahan itu.

    “Setiap warga New Zealand mempunyai hak untuk bantahan aman, masalahnya adalah mereka telah bertindak berlebihan,” katanya.

    Sementara itu, ketika angin kencang selaju 130kmsj melanda Wellington dan bahagian lain di New Zealand, polis menggesa penduduknya untuk mengelak perjalanan tidak penting, dengan banyak jalan disekat oleh lumpur dan banjir.

    Beberapa buah rumah di utara Wellington juga telah dikosongkan kerana gelongsor lumpur.

    Bekalan elektrik terjejas di beberapa kawasan di negara itu, manakala perkhidmatan bomba memberi respons kepada beberapa insiden pokok tumbang menghempap rumah-rumah dan tiang elektrik serta bumbung diterbangkan dan rumah dibanjiri. – AFP

    Para pembantah (kiri) berada di kawasan parlimen ketika polis memantau tunjuk perasaan itu pada hari kelima di Wellington pada 12 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...