Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    PWEDB peduli kebajikan ahli

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Seorang ahli Persatuan Warga Emas Daerah Belait (PWEDB) telah menerima sumbangan kerusi khas hasil inisiatif daripada Biro Kebajikan PWEDB dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan serta hasil kutipan daripada ahli-ahlinya.

    Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di kediaman penerima sumbangan iaitu Awang Tamin bin Awang Besar, 61, yang mengalami tahap kesihatan kurang mengizinkan disebabkan menghidap pelbagai jenis penyakit dan sering kali berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Yang Di-Pertua PWEDB, Haji Maidin bin Haji Tinggal.

    Acara kebajikan seumpamanya akan diteruskan melalui lawatan serta menziarahi ahli-ahli persatuan yang pergerakan mereka terhad atas faktor umur dan kesihatan serta yang kurang berkemampuan, dengan memberikan bantuan.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyumbangkan barang kelengkapan baharu atau yang tidak digunakan tetapi dalam keadaan baik untuk diwakafkan yang mana barangan itu boleh digunakan lagi oleh ahli-ahli persatuan atau bukan ahli.

    Barangan tersebut boleh dihantar ke persatuan berkenaan melalui Biro Kebajikan dan setiausaha agung PWEDB.

    Sumbangan disampaikan oleh Haji Maidin kepada penerima. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...