PWM bakal anjur Anugerah Pelajar Cemerlang
Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan, Persatuan Warga Malaysia (PWM) Brunei Darussalam akan mengadakan Anugerah Pelajar Cemerlang pada 14 April kelak. Menurut Presiden PWM, James Lee semasa sidang media yang diadakan kelmarin di Gadong, Anugerah Pelajar Cemerlang ini merupakan aktiviti berterusan persatuan

































