Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman, seramai 20 orang ahli Perkumpulan Wanita Majlis Perundingan Kampung Sengkurong B (PWMPKS ‘B’) telah menyertai lawatan ke IMBRU Essential Oil Enterprise, Ladang Kelapa Pandan di Kawasan Kemajuan Pertanian Pangkalan Batu, Kampung Parit, baru-baru ini.
Rombongan diketuai oleh Pengerusi PWMPKS ‘B’ Hajah Rukiah binti Haji Muhammad Yassin.
Lawatan yang diungkayahkan oleh Badan Sosial dan Kebajikan PWMPKS ‘B’ itu antara lain bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi produk tempatan yang diusahakan oleh anak tempatan.
Semasa lawatan itu, rombongan turut mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Haji Amzah bin Haji Abdul Rahman.
Ladang Kelapa Pandan tersebut mempunyai 555 pokok kepala yang diusahakan di keluasan tanah 3.5 ekar.
Lawatan itu sedikit sebanyak memberi idea kepada ahli-ahli yang berminat untuk membuka perusahaan dan mengeluarkan produk sendiri untuk dipasarkan di samping meningkatkan ekonomi keluarga.