SEOUL, 7 Ogos – Korea Utara hari ini telah membebaskan seorang tahanan Korea Selatan yang ditangkap selepas menyeberangi sempadan bulan lalu, menurut kementerian penyatuan Seoul, menyambut baik langkah ‘kemanusiaan’ itu.
Korea Utara memberitahu Seoul kelmarin mengenai keputusannya untuk melepaskan seorang lelaki, yang ditahan akibat menyeberang ke negara itu pada 22 Julai lalu, menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
“Pasukan kami menerima maklumat nama keluarga tahanan warga Korea Selatan itu ialah Seo, yang dilahirkan pada tahun 1984, melalui jalan Panmunjom dari Utara pada jam 11 pagi (waktu tempatan)” hari ini, menurut kementerian
tersebut, merujuk kepada kampung di Kawasan Bebas Tentera yang membahagikan kedua-dua buah negara tersebut.
“Kerajaan dengan positifnya menerima baik pemulangan itu yang dibuat atas dasar kemanusiaan,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut. – AFP