SEOUL, 12 Jan – Korea Utara telah meningkatkan pembuatan terowong di tapak ujian nuklear utamanya, menurut sebuah kumpulan pemikir AS, meskipun ketika ketegangan berkurangan di semenanjung ekoran bermula semula dialog antara Korea yang telah lama terbantut.
Imej-imej satelit menunjukkan kegiatan yang bertambah di tapak Punggye-ri, dengan gerabak lombong dan kakitangan kerap dilihat dan timbunan sisa-sisa penggalian bertambah, menurut laman sesawang 38North semalam.
“Kegiatan ini menekankan usaha berterusan Korea Utara untuk mengekalkan potensi tapak Punggye-ri bagi ujian nuklear akan datang,” menurutnya. – AFP