Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Q8 varian mini V20

    LG telah mendedahkan telefon pintar terbaru dalam siri Q yang baru sahaja dilancarkan minggu lalu, dinamakan Q8.

    LG Q8 pada asasnya adalah varian mini LG V20 dengan skrin lebih kecil dan salah satu tarikan utama peranti ini adalah skrin kedua.

    Ia menonjolkan paparan IPS LCD QHD (1440×2560 piksel) 5.2 inci dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 4, densiti piksel 554ppi serta mempunyai paparan kedua ‘sentiasa terpasang’ dengan resolusi skrin 160×1040 piksel. Peranti ini menggunakan LG UX 5.0 ber-asaskan Android 7.0 Nougat.

    Q8 dikuasakan dengan SoC Qualcomm Snapdragon 820 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4 4GB dan storan 32GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD.

    Untuk mengambil gambar, Q8 dilengkapi dua kamera belakang, sensor 13MP dengan apertur f/1.8 dan sensor 8MP dengan apertur f/2.4, manakala itu di depan pula terdapat kamera 5MP dengan apertur f/1.9. Telefon pintar ini disokong bateri 3000mAh.

    Pilihan sambungannya termasuk Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac dual-band, Bluetooth v4.2, dan USB Type-C. LG Q8 didatangkan dengan pensijilan AP67 menjadikannya kalis air sehingga kedalaman 1.5 meter bagi 30 minit. Di belakangnya juga terdapat sensor cap jari yang terletak di bawah tetapan dua kamera.

    Peranti ini juga dilengkapi pemancar inframerah dan seperti peranti-peranti mewah LG yang lain, Q8 juga didatangkan dengan sokongan quad DAC 32-bit. Ia berukuran 149×71.9x8mm dan berat 146g.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda