Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Qada hutang puasa Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Antara keistimewaan pada bulan Syaaban adalah seluruh amalan manusia diangkat dan dihadapkan kepada Allah.

    “Oleh itu, adalah sewajarnya sepanjang bulan Syaaban ini kita mempertingkatkan amalan diri dengan sentiasa melakukan amal ibadah dan amal kebajikan,” kata khatib semasa khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Menjana Ketakwaan di Bulan Syaaban’.

    Bulan Syaaban adalah bulan kelapan dalam takwim Hijrah yang mana bulan ini juga bererti berpecah atau bercerai berai dan ia dinamakan seperti ini kerana, ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara Bulan Rejab dan Bulan Ramadan.

    Menurut khatib lagi, antara amalan-amalan yang digalakkan untuk melakukannya dalam bulan Syaaban ini adalah dengan memperbanyakkan puasa sunat di mana Rasulullah SAW gemar berpuasa sunat lebih banyak di bulan ini dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

    Selain itu, jelasnya, amalan lain yang juga digalakkan seperti bertaubat dan beristighfar di mana perintah taubat dan istighfar itu bukan hanya bagi orang yang berbuat maksiat dan bebuat dosa tapi kita dituntut untuk sentiasa bertaubat dan beristighfar.

    Di samping itu, memperbanyakkan zikir dan doa kerana zikir adalah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, ucapan dan ingatan.

    Selain itu, zikir atau berzikir itu adalah perintah Allah kepada hambaNya malah Rasulullah SAW berzikir dan beristighfar kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali.

    “Begitu juga dengan perkara doa, ingatlah doa itu boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa kerana doa itu ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan Allah dengan cara merendahkan diri dan tawaduk kepadanya,” jelasnya.

    Khatib seterusnya menjelaskan, apabila tiba bulan Syaaban, antara perkara yang sering kali terjadi, sesetengah kita yang masih berhutang puasa akan bergegas-gegas untuk mengqada puasa pada bulan ini.

    Oleh yang demikian, jelas khatib, sekiranya masih mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum lagi diqada, makan qadalah hutang puasa itu semasa kita masih mampu, sihat dan bertenaga sebelum tibanya bulan Ramadan.

    Perlu diingat, jelas khatib, perbuatan melengah-lengahkan qada puasa tanpa keuzuran sehingga datang Ramadan yang berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya mengqada puasa tersebut dan membayar fidyah.

    “Ini kecuali bagi orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan tapi mereka wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang di tinggalkan,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...