Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh MINI Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Sempena Tahun Baharu Cina (TBC), QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan MINI di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MINI di Bilik Pameran MINI, Mabohai, di sini, hari ini.
Majlis rumah terbuka tersebut diadakan bagi para pelanggan MINI yang disajikan pelbagai hidangan sebagai penghargaan atas kesetiaan mereka selama ini. Para pelanggan juga berkesempatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terbaharu TBC dan uji pandu yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah segera.
Orang ramai juga boleh mengetahui lagi mengenai kehebatan jenama MINI dan model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British itu.
MINI Cooper S Clubman yang kini berada di Brunei, didatangkan dengan rangka lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelum ini.
Keluaran baharu MINI Cooper S Clubman dikuasakan enjin 4-silinder generasi terkini dengan teknologi MINI TwinPower Turbo yang mampu menjana sehingga 192 kuasa kuda.






























