QAF Auto anjur majlis berbuka puasa

QAF Auto telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangannya dan para pengamal media tempatan di Restoran Millennium, semalam, yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau; Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan para pegawai serta kakitangan lainnya.

Lebih kurang 80 orang pegawai dan kakitangan hadir ke majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan itu yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. – Gambar oleh Bahyiah Bakir