Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto anjur Majlis Hari Raya

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – QAF Auto Sdn Bhd, semalam, telah mengadakan Majlis Pejabat Terbuka Hari Raya bagi para pelanggan dan ahli-ahli korporat yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, QAF Auto Sdn Bhd, Beribi.

    Selain menikmati jamuan, para pelanggan boleh menyaksikan model-model terkini keluaran BMW dengan tawaran terbaik daripada syarikat berkenaan seperti tawaran tukar beli dan menerima paket raya dengan membuat uji pandu mana-mana kereta BMW.

    QAF Auto dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) pada sambutan itu juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan yang ingin menyumbangkan darah kepada tabung darah JPMC.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda