Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan QAF Auto
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – QAF Auto Sdn Bhd menghargai pekerja terbaik 2021 dan individu yang telah lama berkhidmat dengan penyampaian trofi dan hadiah, kelmarin.
Bagi kategori Jualan BMW Terbaik, mereka menganugerahkan tiga perunding jualan terbaik iaitu juara Jualan Terunggul BMW kepada Awang Abdullah bin Haji Kasim dengan
100,000 Royal Skies Miles, naib juara pertama kepada Jefferson Argas Enau dengan 80,000 Royal Skies Miles dan Dayang Noorshelina binti Haji Abdul Karim menerima 50,000 Royal Skies Miles selaku naib juara kedua.
Di bawah kategori jualan, Awang Abu Bakar bin Haji Awang Besar dianugerahkan Jualan Terbaik BMW dan Liew Shien Yee selaku Rookie Tahunan Terbaik BMW dengan masing-masing menerima 50,000 Royal Skies Miles.
Anugerah lain yang diberikan termasuk Top Sales MINI yang diterima oleh Verginia Mintarsih Hakim yang membawa pulang trofi dan 100,000 Royal Skies Miles.
Bagi kategori Selepas Jualan Terbaik BMW, Joselito Bacatio Orillinida muncul juara Juruteknik Terbaik BMW, Awang Mohamad Azemi bin Abdul Wahab selaku naib juara pertama dan Joseph G Recato selain naib johan kedua.
Juga di bawah kategori Selepas Jualan, Puvandira Gunanathan dianugerahkan Penasihat Perkhidmatan Pelanggan Terbaik BMW. Setiap mereka dianugerahkan trofi dan baucar tunai daripada BMW Lifestyle.
Untuk Anugerah Istimewa BMW, pentadbir jualan BMW, Hajah Hana Zikriah Zafirah binti Haji Hamdi telah menerima anugerah Pekerja Penyokong Jualan Terbaik BMW 2021.
Pentadbir selepas jualan BMW, Dayang Ainul Basirah binti Johari menerima Anugerah Pekerja Sokongan Selepas Jualan Terbaik BMW 2021, manakala jurulatih teknikal BMW dan eksekutif sokongan teknikal, Wong Jau Liaun menerima Anugerah Pekerja Terbaik BMW 2021.
Pada tahun ini, QAF Auto telah menganugerahkan sijil dan hadiah kepada empat orang pekerja yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun, 12 pekerja melebihi 10 tahun dan 13 pekerja melebihi lima tahun.
Program anugerah itu meraikan usaha pekerja dan menggariskan peranan yang dimainkan oleh pekerja dalam kejayaan syarikat berkenaan. Ia juga mengiktiraf dedikasi dan kesetiaan pekerja yang telah lama berkhidmat yang secara progresif bergerak ke hadapan ke arah visi QAF Auto Sdn bhd.