Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    QAF Auto lancar BMW 4 Series Gran Coupe

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – QAF Auto selaku pengedar kenderaan BMW di Brunei Darussalam, malam tadi, telah memperkenalkan model terbaharu jenama mewah dari Jerman, BMW 4 Series Gran Coupe pada majlis pelancaran di One Riverside, Gadong.

    Hadir menyempurnakan perasmian ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau. Turut hadir ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan jemputan khas.

    Menurut wakil QAF Auto, model berkenaan bukan saja memiliki reka bentuk yang menarik malah merupakan kendera-an yang menyeronokkan untuk dipandu.

    Ia menampilkan rekaan yang rendah di bahagian hadapan dengan bentuk yang lebih lebar pada bahagian lengkungan roda yang sudah semestinya mengetengahkan gaya yang cukup menarik dan merupakan model terpenting dalam jenama BMW.

    Terdapat dua varian diesel dan tiga varian petrol diperkenalkan iaitu BMW 420d Gran Coupe dan BMW 420d xDrive Gran Coupe yang dikuasakan enjin diesel, sementara itu BMW 420i Gran Coupe, BMW 430i Gran Coupe dan BMW 440i xDrive Gran Coupe dikuasakan petrol. Namun, untuk pasaran Brunei, hanya satu varian sahaja diperkenalkan iaitu BMW 420i Gran Coupe.

    Sempena pelancaran itu, Bank Baiduri dan QAF Auto mengumumkan kerjasama untuk menawarkan promosi menarik kepada pemegang kad platinum Bank Baiduri iaitu pengecualian yuran pemprosesan bermula esok hingga penghujung April depan.

    Orang ramai boleh menyaksikan dengan lebih dekat model terkini BMW itu di bilik pameran QAF Auto selama tiga hari bermula esok.

    Albert Lau diiringi Alisa Khoo semasa merasmikan BMW 4 Series Gran Coupe pada majlis pelancaran yang diadakan di One Riverside, Gadong, kelmarin.
    Albert Lau dan para tetamu menyaksikan model baharu, BMW 4 Series Gran Coupe pada majlis pelancaran itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...