Friday, March 21, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto tawar jualan eksklusif BMW dan MINI

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Bermula esok, QAF Auto akan menawarkan jualan eksklusif bagi pelbagai kenderaan syarikat dan kenderaan uji pandu BMW dan MINI dengan mileage rendah.

    Pada acara dua hari di Bilik Pameran BMW, Beribi itu, pelanggan akan mendapatkan tawaran baik bagi kereta yang digunakan kurang dari tiga tahun dengan kondisi baik.

    Model-model yang ditawarkan adalah daripada BMW 530i kepada BMW 118i, manakala MINI menyediakan Cooper S Clubman hingga Cooper S Paceman.

    Pelanggan yang berjaya me-nempah kereta pada acara itu akan layak menerima baucar gaya hidup BMW dan cenderamata QAF Auto bernilai $1,000.

    Dalam pada itu, sepanjang acara berkenaan, QAF Auto juga mempamerkan BMW M2 Facelift dan BMW 4 Series.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda