Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qantas buka laluan penerbangan ke Rom

    SYDNEY, 15 DIS – Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas tidak lama lagi akan melanjutkan perkhidmatannya dengan menawarkan satu-satunya penerbangan secara terus dari Australia ke Eropah.

    Bermula Jun hadapan, Qantas akan kembali menawarkan penerbangan tiga kali seminggu dari bandar terbesar Sydney ke Perth di Barat Australia (WA) dan penerbangan tanpa henti ke ibu kota Itali, Rom.

    Perkhidmatan, menggunakan Boeing 787 Dreamliners bersama kabin direka untuk penerbangan jarak jauh, akan dikurangkan lebih tiga jam daripada penerbangan semasa.

    Pengumuman dibuat hari ini selepas perdana menteri WA, Mark McGowan mengesahkan sempadan domestik dan antarabangsa negara akan dibuka semula bermula 5 Februari berikutan penutupan panjang ekoran COVID-19.

    Ketibaan dari luar negara masih dimestikan untuk menunjukkan ujian negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di WA dan mendapatkan ujian sekali lagi semasa sampai, namun sekiranya sudah mendapatkan vaksin lengkap, mereka tidak perlu menjalani kuarantin, menurut McGowan.

    Ketua eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata permintaan perjalanan yang kukuh sejak sempadan dibuka semula telah memberikan ‘Flying Kangaroo’ keyakinan untuk meneroka destinasi baharu, ditambah dengan dunia pasca pandemik, kebanyakan warga Australia memilih penerbangan antarabangsa tanpa henti.

    “Itali adalah pasaran terbesar bagi kami di Eropah untuk orang ramai melawat keluarga dan rakan dari Australia dan kami merasakan pelanggan akan teruja untuk terbang terus ke salah sebuah bandar raya terhebat dunia,” kata Joyce.

    McGowan dan Joyce berkata laluan baharu juga dijangka akan meningkatkan industri pelancongan tempatan, dengan Qantas bekerjasama dengan pelancongan barat Australia untuk menggalakkan kemasukan pelancong Eropah.

    “Laluan baharu akan membuka industri pelancongan kepada pengembara luar yang sudah divaksin, dan akan melihat Perth dan WA sebagai tarikan dan destinasi selamat,” kata McGowan. – Xinhua

    Qantas mengumumkan akan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu dari Sydney ke Itali bermula Jun hadapan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda