Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qantas didenda jual ribuan tiket penerbangan yang dibatalkan

    SYDNEY, 8 OKT – Sebuah mahkamah di Australia hari ini meluluskan denda terhadap Qantas, syarikat penerbangan nasional kerana menjual ribuan tiket penerbangan yang telah dibatalkan.

    Mahkamah Persekutuan Australia meluluskan penyelesaian sebanyak 120 juta dolar Australia (AUD) antara syarikat penerbangan nasional itu dan pemantau pengguna, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), berhubung kontroversi ‘penerbangan hantu’, lapor Xinhua.

    ACCC memulakan tindakan undang-undang terhadap Qantas pada November 2023, mendakwa syarikat penerbangan itu menjual ribuan tiket penerbangan yang telah dibatalkan.

    Kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian pada Mei, dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Helen Rofe, hari ini menerima denda sebanyak 100 juta AUD serta pampasan sebanyak 20 juta AUD kepada pelanggan sebagai langkah pencegahan terhadap ketidakpatuhan Qantas dengan undang-undang pengguna pada masa hadapan.

    Menurut fakta kes yang dipersetujui oleh ACCC dan Qantas, seramai 86,597 pelanggan membayar sejumlah 17.9 juta AUD untuk tempat duduk penerbangan yang telah dibatalkan dalam tempoh antara Mei 2021 dan Ogos 2023. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda