Qantas kurangkan 2,500 lagi pekerjaan

SYDNEY, 25 OGOS – Syarikat penerbangan Australia, Qantas, mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan hampir 2,500 lagi pekerjaan, hanya beberapa hari selepas mencatat kerugian tahunan yang besar berikutan dengan permintaan yang semakin merosot akibat penularan pandemik koronavirus.

Qantas dan syarikat penerbangan murah Australia, Jetstar, mengatakan bahawa mereka akan melakukan operasi pengendalian darat mereka di semua lapangan terbang domestik, sementara menunggu penyusunan semula syarikat untuk terus bertahan.

Pengurangan pekerjaan tersebut dilakukan selepas pemberhentian sebanyak 6,000 pekerjaan yang diumumkan ketika syarikat tersebut melakukan pengurangan kos sebanyak AS$10 bilion sebagai langkah untuk menempuhi tempoh paling mencabar dalam sejarah 99 tahun syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Domestic Andrew David mengatakan bahawa cadangan itu akan menjimatkan anggaran sebanyak AS$72 juta setahun. – AFP

Troli penyimpanan barang dilihat di luar terminal Qantas di Lapangan Terbang Melbourne pada 20 Ogos lalu. Qantas mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan hampir 2,500 lagi pekerjaan, hanya beberapa hari selepas mencatat kerugian tahunan yang besar akibat koronavirus. – AFP