Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Qantas lancar penerbangan jarak jauh tanpa henti

    SYDNEY, 3 MEI – Qantas mengumumkan semalam ia akan melancarkan penerbangan komersial tanpa henti paling jauh di dunia, dengan penumpang dijangka menghabiskan 19 jam dalam perjalanan dari Sydney ke London pada akhir 2025.

    Selepas lima tahun dalam perancangan, syarikat penerbangan itu berkata ia telah menempah 12 pesawat udara Airbus A350-1000 untuk mengendalikan penerbangan ‘Projek Sunrise’ ke bandar termasuk London dan New York.

    Penerbangan terus itu akan bermula dari Sydney pada akhir 2025, katanya, dengan perjalanan jarak jauh dirancang kemudian termasuk Melbourne.

    “Jenis pesawat udara baharu akan menjayakan projek ini,” kata pengerusi Qantas, Alan Joyce, menurut satu kenyataan.

    “A350 dan Projek Sunrise akan menjadikan mana-mana bandar amat dekat dari Australia,” katanya.

    Qantas mengendalikan penerbangan penyelidikan untuk laluan jarak jauh pada 2019, termasuk laluan percubaan London-Sydney sejauh 17,800 kilometer, yang mengambil masa 19 jam dan 19 minit.

    Singapore Airlines buat masa sekarang mengendalikan penerbangan komersial terus paling jauh dunia dari Singapura ke New York, meliputi 16,700 kilometer dalam masa kurang 19 jam.

    “Seperti yang awda jangkakan, kabin direka khas untuk keselesaan maksimum untuk penerbangan jarak jauh,” kata Joyce.

    Menurut Qantas, pesawat A350 baharu akan dibangunkan untuk 238 penumpang dengan suite kelas pertama yang menawarkan katil bera-singan, kerusi yang dapat direbahkan serta almari pakaian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...